Pembayaran KWSP i-Lestari Terakhir Ialah Pada Bulan April 2021

Dalam artikel sebelum ini, Sabahpost sudah menjelaskan sebab mengapa pembayaran untuk bulan Februari dan Mac 2021 telah diawalkan.

Baca – Tarikh Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Mac & April 2021 – Jadual Baru

“i-Lestari : Tarikh Bayaran i Lestari KWSP Mac 2021 Diawalkan!

Saya baru check i-Akaun pagi ni, last date pembayaran ialah 19 Mac 2021. Tapi kat withdrawal history ada date baru, 19 Feb 2021.

Maksudnya bulan Febuari ni akan ada 2 kali bayaran.. Jadinya last bayaran ialah 19 Mac 2021, sebab bulan ni kita akan dapat 2 kali bayaran..

Ngam la 12 kali kita dapat sebab i-Lestari berakhir April (12 bulan semuanya). Alhamdulillah.”

Kenapa Bayaran Dipercepatkan?

Perubahan jadual pembayaran i-Lestari berlaku disebabkan oleh pemansuhan kriteria kelayakan bagi permohonan i-Sinar.Pembayaran awal ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac 2021.

Niaga Kini maklumkan sebelum ini, pembayaran i-Lestari bagi bulan Februari adalah bermula pada 2 februari sehingga 15 Februari.

Untuk pembayaran bulan Mac pula, pembayaran seharusnya dilaksanakan pada 1 Mac sehingga 11 Mac 2021

Tetapi, disebabkan kepada perubahan tarikh pembayaran daripada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pembayaran bagi bulan Mac akan dilaksanakan seperti berikut:19 Februari 2021

  • Pembayaran bulan Februari akan dilakukan sebanyak 2 kali kepada penerima iaitu pembayaran untuk bulan Februari dan Mac.

Kepada penerima bagi kumpulan pertama atau batch pertama, anda akan menerima pembayaran pada 19 Februari 2021 dan seterusnya akan mengikut batch masing-masing.

Bilakah Bayaran I-Lestari Untuk Bulan April?

Pembayaran i-Lestari untuk bulan April seperti yang dijadualkan sepatutnya dibayar pada 1 April 2021 akan diawalkan kepada 19 Mac 2021.

Jika diikutkan jadual asal sebelum perubahan tarikh, pembayaran terakhir i-Sinar ialah pada bulan April bermula 1 – 12 April.Memetik Kerja Semasa, kemaskini daripada KWSP turut menyatakan bahawa tarikh diatas merupakan tarikh terakhir pembayaran i-Lestari.Anda boleh rujuk gambar di bawah yang menyatakan bahawa 1 April merupakan pembayaran terakhir.

Sumber : FacebookAnda juga boleh menyemak tarikh pembayaran ke akaun anda melalui i-Akaun KWSP anda.Cara Semakan Status Pembayaran i-Lestari Secara Online

  1. Anda perlu layari laman web rasmi i-Lestari secara online melalui pautan yang diberikan disebelah https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php  
  2. Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang disahkan.
  3. Klik captcha “saya bukan robot” dan klik butang semak.

Cara Pembatalan Pengeluaran i-Lestari 

  • Maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari terdahulu tidak akan dipaparkan,
  • Anda perlu memastikan mempunyai maklumat permohonan pengeluaran terdahulu sebagai rujukan.
  • Bayaran bulanan akan terus terhenti dengan pembatalan.
  • Sekiranya kaedah bayaran semasa adalah Arahan Bayaran, pembatalan boleh dilakukan  di Kaunter KWSP melalui Janji Temu Online.
  • Jika anda ingin membuat permohonan semula setelah pembatalan, permohonan semula i-Lestari boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

27518