Semakan Status GKP Tambahan Boleh Dibuat Mulai Hari Ini, 24 Mac

KUALA LUMPUR: Semakan bagi bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan sudah mula boleh disemak mulai hari ini.

Sebelum ini, kerajaan melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan.

Ia dikhususkan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawaln Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021.

PKS mikro di negeri bukan PKP pula akan mendapat sebanyak RM500.

Menerusi kenyataan media Kementerian Kewangan Malaysia pada Isnin lalu, semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem dan status kelulusan boleh disemak di Portal GKP.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *