COVID-19: 1,268 Kes Baharu, 2 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,268 kes baharu Covid-19 dan dua kematian berbanding 1,083 pesakit sembuh.

Ini menjadikan 320,925 kes pulih daripada keseluruhan 336,808 jangkitan Covid-19 dengan 1,246 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 14,637 kes aktif dengan 73 daripada 161 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, katanya, lima kes import dan baki 1,263 kes ialah penularan tempatan, yang terdiri daripada 946 warganegara dan 317 warga asing.

Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 490 kes.

Ia diikuti Sarawak (141), Johor (135), Pulau Pinang (99), Negeri Sembilan (59), Melaka (52), Kuala Lumpur (53), Kelantan (49), Kedah (49) Sabah (45), Pahang (43), Perak (42), Putrajaya (6), Terengganu (4), Labuan (1) dan Perlis (0).

Noor Hisham berkata, dua kematian itu dilaporkan di Selangor.

Katanya, semua kes kematian itu membabitkan warganegara berusia 43 hingga 77 tahun, dengan lima daripadanya mempunyai latar belakang penyakit seperti buah pinggang kronik, dan darah tinggi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *