RON95 & Diesel Kekal, RON97 Naik 3 Sen Sahaja

PUTRAJAYA: Harga petrol RON97 naik 3 sen, manakala RON95 dan diesel tidak berubah mulai tengah malam ini.

Harga RON97 akan dinaikkan kepada RM2.50, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 serta RM2.15 seliter.

Kadar baru itu akan berkuat kuasa 25 hingga 31 Mac ini.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *