COVID-19: 1,116 Kes Baharu, 5 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,495 kes sembuh berbanding 1,116 kes baharu Covid-19 dan lima kematian.

Ia menjadikan 318,784 kes pulih daripada keseluruhan 334,156 jangkitan Covid-19 dengan 1,238 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini seramai 14,134 pesakit sedang dirawat, dengan 156 ditempatkan di unit rawatan rapi dan 60 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 403.

Ia diikuti Kuala Lumpur (158), Sarawak (124), Pulau Pinang (88), Johor (86), Kelantan (44), Pahang (42), Negeri Sembilan (41), Perak (39), Sabah (36), Kedah (27), Melaka (12), Labuan (8), Putrajaya (5) dan Terengganu (3).

Manakala, Perlis tiada kes baharu dilaporkan.

Noor Hisham berkata, lima kematian itu membabitkan empat warganegara dan seorang bukan warganegara berusia 44 hingga 84 tahun di Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Katanya, masing-masing mempunyai sejarah menghidap penyakit seperti darah tinggi, jantung, kencing manis dan buah pinggang kronik kecuali kes membabitkan lelaki warganegara berusia 52 tahun di Negeri Sembilan tidak dinyatakan latar belakang penyakit.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *