Korea Utara Putuskan Hubungan Dengan Malaysia

Korea Utara putuskan hubungan dengan Malaysia

SEOUL: Pyongyang mengumumkan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas negara itu mengekstradisi rakyatnya ke Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Luar Korea Utara dalam kenyataan berkata, Malaysia didakwa melakukan ‘jenayah yang tidak boleh dimaafkan’ kerana menghantar rakyatnya yang tidak bersalah ke AS.

“Sehubungan itu, kementerian mengumumkan hubungan diplomatik antara negara ini dengan Malaysia sudah terputus.

“Tindakan itu secara tidak langsung menunjukkan Malaysia ‘bermusuhan’ dengan Pyongyang,” menurut kenyataan itu.

Pada 3 Mac lalu, seorang rakyat negara itu yang dikenali sebagai Mun Chol Myong gagal dalam rayuannya di mahkamah Malaysia untuk mengelak diekstradisi ke AS atas dakwaan melakukan penggubahan wang haram.

Lelaki itu yang tinggal di Malaysia selama lebih sedekad bersama keluarganya ditahan pada 2019 susulan permohonan ekstradisi dari Washington. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *