Harga RON97 Naik 7 Sen, RON95 & Diesel Kekal

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik tujuh sen seliter kepada RM2.47 sen manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Mac.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM.

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan minyak dunia, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk meningkat melangkaui harga siling semasa,” menurut kementerian dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *