Covid-19: 1,219 Kes Baharu, 2 Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Kes baharu positif Covid-19 negara ini kembali meningkat hari ini apabila mencatatkan 1,219 kes berbanding semalam yang merekodkan 1,063 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu menjadikan kumulatif 327,253 kes Covid-19 dalam negara ini.

Menurutnya, Menurutnya, kes sembuh juga mengatasi kes baharu dengan 1,346 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes berjaya dirawat setakat ini adalah sebanyak 310,958 kes.

Katanya, kes baharu itu membabitkan sebanyak 1,212 kes penularan tempatan dan selebihnya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Berdasarkan laporan yang diterima, Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 499 kes, diikuti Sarawak (225), Johor (169), Pulau Pinang (69) dan Kuala Lumpur (54).

“Pahang, Labuan, Putrajaya dan Perlis mencatatkan satu angka kes baharu hari ini, manakala negeri lain merekodkan dua angka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, seramai 154 pesakit masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 64 pesakit masih memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, dua kematian direkodkan membabitkan warganegara dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,220 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *