Semua Operasi Perniagaan Di Sabah Dibenarkan Hingga 12 Tengah Malam

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Semua sektor ekonomi di Sabah dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, tempoh operasi itu ditetapkan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan.

Untuk itu, dinasihatkan pengusaha dan orang ramai untuk mematuhi had masa operasi yang ditetapkan.

Sabah diletakkan dibawah PKPP bermula 5 hingga 18 Mac ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1163