Tamu Gaya Street Beroperasi Semula Ahad Ini

KOTA KINABALU: Operasi Tamu Jalan Gaya (Gaya Street) akan dibuka semula bermula Ahad ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip menerusi laman rasmi Facebook Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Beliau turut meminta orang ramai yang mengunjungi Tamu Jalan Gaya itu agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Langkah itu bagi mengelakkan berlakunya penularan jangkitan Covid-19 di daerah ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *