PKPD Dua Kampung Di Sabah, Satu Di Sarawak

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah serta Penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu, Sarawak selama 14 hari bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti berkenaan.

“PKPD itu dilaksanakan untuk memudahkan pihak KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *