Polis Cari Waris Mangsa Lemas Di Sungai Moyog

Terdapat tanda tatu bentuk ‘love’ dengan tulisan ‘Aya’ dan ‘Johan’ pada lengan mangsa lemas yang ditemui di Sungai Moyog Kampung Tuavon, Penampang pada 14 Januari lalu.

PENAMPANG: Polis sedang mencari waris atau ahli keluarga seorang lelaki yang ditemukan lemas di Sungai Moyog, Kampung Tuavon di sini, 14 Januari lalu.

Mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 30-an itu mempunyai tatu di lengan kanan berbentuk ‘Love’ dengan tulisan ‘Aya’ dan ‘Johan’.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, ketika ditemukan mangsa berada dalam keadaan lengkap berpakaian baju T dan berseluar panjang hitam.

Menurutnya, mayat terbabit masih berada di Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu.

“Sehingga kini, pihak polis masih menunggu waris atau ahli keluarga mangsa untuk menuntut mayat lelaki berkenaan.

“Mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan waris atau keluarga mangsa diminta tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Haris berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohamediah Sani di talian 019-8634811 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, 088-712222. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *