TERKINI: PKP Dilanjutkan Sehingga 18 Feb

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara disambung bermula Jumaat ini sehingga18 Februari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

Katanya, kecuali Sarawak yang masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PKP ini akan mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dikekang.

“Semua SOP berkaitan akan dikeluarkan MKN dan mesyuarat juga mengambil maklum mengenai permohonan beberapa perniagaan untuk beroperasi seperti biasa.

“Kita mendengar permohonan mereka dan ia akan diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa teknikal.

“Mesyuarat ini akan meneliti permohonan mereka dan akan dibawa dalam sidang khas untuk pertimbangan,” katanya pada sidang media PKP, hari ini.

Katanya Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kes harian di semua negeri masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positif dalam kluster adalah 20 peratus hingga 40 peratus.

“Selain itu kes peningkatan sporadik juga tinggimembabitkan warganegara dan bukan warganegara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *