Covid-19: 20 Daerah Di Sabah Masih Zon Merah

KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini kembali meningkat kepada 298 kes dan tiada kes kematian dan kluster baharu dilaporkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, ketika ini 20 daerah masih berada dalam zon merah, lima zon jingga dan dua zon kuning.

Dua daerah yang berada dalam zon kuning adalah Tenom dan Tongod.

Beliau berkata, daripada 298 kes baharu hari ini, Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 45 kes, diikuti dengan Keningau (28), Lahad Datu (26), Tawau (24), Kudat (22), Sipitang (22), Papar (18), Tuaran (14), Sandakan (13), Penampang (12), Putatan (11), Kalabakan (11), Beaufort (10), Kinabatangan (8), Kunak (8), Kota Belud (6), Kota Marudu (4) dan tiga kes di Semporna, Beluran, Nabawan dan Tenom.

Manakala, dua kes di Ranau dan satu kes masing-masing di Kuala Penyu dan Telupid.

Masidi berkata, daripada 298 kes positif itu, sebanyak 223 kes atau 74.8 peratus dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 29 kes, saringan kluster sedia ada 13 kes, saringan Perkeso tujuh kes dan 26 kes adalah dari lain-lain kategori.

Sementara itu, sebanyak 391 kes pulih dilaporkan, dengan kumulatif kes sebanyak 45,212 kes. Kes kematian di Sabah kekal 323 kes.

Setakat ini, sebanyak 48,868 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 2,152 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 709 orang di hospital dan 1,420 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) serta 23 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

Terdapat 95 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 27 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bilangan keseluruhan katil di hospital dan PKRC di Sabah kekal 6,423 katil dan peratus penggunaan adalah 33.44 peratus.

Bagi sekatan jalan raya (SJR) dan penguatkuasaan perairan di Sabah, sebanyak 36,758 kenderaan diperiksa dan 242 kenderaan diarah berpatah balik. Manakala, 28 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *