Kerajaan Negeri Sabah Kaji Bilangan Pelajar Akan Terima Gajet

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sedang mengkaji untuk menentukan bilangan pelajar yang memerlukan gajet dan akan membuat keputusan berhubung dengan bantuan gajet.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, keberkesanan bantuan gajet ini tertakluk kepada kemudahan liputan internet dimana pelajar berkenaan tinggal.

Untuk itu, sebagai langkah segera, kerajaan negeri menasihatkan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah segera melaksanakan pembelajaran seperti yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu iaitu sistem pembelajaran dirumah (PdPR) bagi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai liputan internet dan tidak mempunyai gajet, hendaklah diteruskan dengan nota-nota pembelajaran dicetak dan disampaikan kepada pelajar.

Mengenai dakwaan kerajaan lambat memberikan bantuan gajet berbanding Ebit Lew, Masidi berkata, dalam soal pemberian bantuan gajet, ia bukan tentang siapa dulu dan kemudian.

Katanya, kerajaan negeri juga punya tanggungjawab sendiri namun, dalam masa sama kerajaan juga memerlukan bantuan dan sumbangan daripada swasta dalam membantu meringankan bebanan kerajaan.

Semalam, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor memaklumkan kerajaan akan berusaha menyediakan gajet kepada pelajar yang datang dari golongan kurang berkemampuan berikutan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara online semasa PKP.

Diperingkat persekutuan pula, inisiatif Cerdik akan diperkenalkan pada Februari bagi menyediakan komputer riba, tablet dan penyambungan data kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah B40.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *