Bayaran RM1,000 Interim i-Sinar Kategori 2 Mulai 26 Januari

KUALA LUMPUR: Bagi yang kurang maklum, bayaran interim merupakan sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli perlu membuat pengisytiharan kendiri (maklumat pengurangan pendapatan (pendapatan sebelum dan selepas pengurangan) sebanyak 30% dan ke atas serta telah memuat naik dokumen sokongan secara dalam talian.

Jumlah pembayaran interim sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 Ahli), akan dibayar terlebih dahulu kepada ahli sebelum KWSP melengkapkan proses semakan permohonan.

Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan dan keperluan mendesak ahli terutamanya mereka yang terkesan dengan cabaran pandemik Covid-19 dan bencana alam di beberapa negeri.

Sekiranya pengisytiharan kendiri oleh individu didapati tidak benar dan tidak disokong dengan dokumen pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas yang sahih, KWSP akan menghentikan pembayaran seterusnya.

Pembayaran interim ini akan dibayar bermula 26 Januari 2021. Bagi Ahli yang baru memohon i-Sinar dibawah Kategori 2, bayaran interim ini akan dibayar dalam masa TUJUH (7) hari dari tarikh permohonan dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *