Kes Positif Covid-19 Dijangka Menurun Dua Minggu Lagi

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes baharu positif Covid-19 akan menurun dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif Covid-19 meningkat ketika ini disebabkan jangkitan dalam tempoh dua minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.

Katanya, kadar kebolehjangkitan atau R naught (RO) kini adalah 1.2 dan jangkaan kes menurun selepas RO menurun kepada 1.1.

“Kalau lihat unjuran kita jangka minggu ketiga Februari akan mendapat kes harian sebanyak 5,000 kes manakala minggu ketiga Mac 8,000 kes.

“Kes laporkan hari ini kerana lendesahan virus dalam tempoh 14 hari. Impak PKP kali ini akan dilihat dalam tempoh dua minggu kes penurunan kes,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, KKM juga akan membuat penilaian lanjut sama ada PKP 2.0 akan dilanjutkan lagi selepas tempoh dua minggu tamat 26 Januari ini.

Katanya, sektor ekonomi yang dibuka dalam PKP 2.0 juga akan dinilai agar seimbang dan berkemungkinan ia lebih ketat berbanding sebelum ini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *