Malaysia Airlines melalui satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan beberapa penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah/Sarawak dan dari Sabah/Sarawak ke Kuala Lumpur pada 18 April telah dibatalkan selepas Gunung Ruang di Indonesia meletus semalam.
Penerbangan-penerbangan yang terlibat adalah seperti berikut:Dari/ke Sabah:
– MH7420 (KUL-TWU)
– MH7421 (TWU-KUL)
– MH2612 (KUL-BKI)
– MH2621 (BKI-KUL)
– MH2710 (KUL-SDK)
– MH2711 (SDK-KUL)
– MH2610 (KUL-BKI)
– MH2611 (BKI-KUL)
– MH7404 (KUL-BKI)
– MH7405 (BKI-KUL)
– MH2613 (BKI-KUL)
Menurut MAS lagi, pihaknya akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa.
“Maklumat lanjut melibatkan penerbangan-penerbangan yang dibatalkan akan dikemas kini di sini (platform media sosial MAS) dan berhubung secara terus dengan penumpang yang terjejas,” kata MAS .
Gunung Ruang Meletus: Ini Senarai Penerbangan Air Asia KL-Tawau-KL Yang Dibatalkan
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost