Hotel Runtuh, 3 Maut Gempa Bumi Di Sulawesi

Sumber Fot : Facebook

JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.2 skala Richter yang melanda wilayah Indonesia di Sulawesi Barat awal pagi ini.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa dilaporkan berlaku jam 2.18 pagi waktu tempatan

Sumber Foto : Facebook

Pusat gempa berada 36 kilometer di selatan Mamuju, ibu kota Sulawesi Barat, dan gempa itu memiliki kedalaman 18 kilometer, menurut USGS.

Mamuju menempatkan kira-kira 110,000 penduduk.

Gempa bumi itu turut menyebabkan dengan banyak bangunan besar termasuk hotel runtuh.

“Tiga mangsa maut dan 24 cedera,” kata jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Raditya Jati.

Sumber Foto: Facebook

Agensi mencari dan menyelamat turut mengesahkan sekurang-kurangnya sebuah hotel runtuh.

Indonesia berdepan aktiviti seismik dan letusan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, di mana plat tektonik bertembung.

Pada 2018, gempa dengan kekuatan 7.5 pada skala Richter dan tsunami berikutnya di Palu di pulau Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 orang maut atau hilang.

Pada 26 Disember 2004, gempa berkekuatan 9.1 pada skala Richter melanda pantai Sumatera dan mencetuskan tsunami yang mengorbankan 220,000 di seluruh wilayah. – AFP

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *