Syekh Ali Jaber Meninggal Dunia

Syekh Ali Jaber

JAKARTA: Pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan, di Hospital Yarsi, di sini, pada Khamis, lapor CNN Indonesia.

Berita kematian Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber disahkan Ustaz Yusuf Mansyur menerusi akaun Instagram @yusufmansurnew.

“Innaa lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raaji’uun. Syeikh Ali Jaber meninggal di Hospital Yarsi, jam 8.30 pagi. Tolong berdoa,” kata Yusuf Mansur dalam hantaran itu.

Kenyataan dari Yayasan Syeikh Ali, turut memaklumkan berita kematian Syekh Ali dengan melaporkan keputusan Covid-19 adalah negatif.

Syekh Ali Jaber, 44, sebelum ini disahkan positif Covid-19 pada 29 Disember lalu sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) keesokan harinya di hospital sama.

Kesihatan Syekh Ali Jaber bertambah baik pada 4 Januari lalu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

“Keadaannya semakin baik, pasukan perubatan mengatakan ada kemajuan, cukup baik dan terus menunjukkan peningkatan,” kata hantaran itu.

Namun beberapa hari kemudian, tersebar di media sosial gambar menunjukkan Syekh Ali Jaber tidak sedarkan diri dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Beliau dilahirkan di Madinah pada 3 Februari 1976 dan mula aktif berdakwah di Indonesia pada usia 32 tahun dan beliau terus aktif menjadi guru al-Quran, imam, dan pendakwah di Masjid Besar Al-Muttaqin Cakranegara, Lombok. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *