Robert Tawik ADUN STAR Kedua Positif Covid-19

Presiden Star Jeffrey Kitingan (kanan) dan Adun Bingkor Robert Tawik sedang menerima rawatan selepas dijangkiti virus. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) STAR, Robert Tawik, disahkan positif Covid-19.

Setiausaha agung parti, Guandee Kohoi berkata, ADUN Bingkor itu dimasukkan ke hospital daerah Keningau semalam.

“Beliau didapati positif Covid-19 pada Jumaat dan terus dimasukkan ke hospital. Keadaannya baik dan ceria,” kata Kohoi ketika dihubungi.

Timbalan Ketua Menteri dan Presiden STAR Jeffrey Kitingan sebelum ini disahkan positif virus itu.

Menurut setiausaha politiknya Arlinsia Agang, Jeffrey dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, Guandee berkata Jeffrey, yang juga ADUN Tambunan dijangka boleh pulang dari hospital awal minggu depan.

Sabah merekodkan lonjakan jangkitan sejak tahun baharu selepas trend menunjukkan penurunan pada lewat Disember.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Masidi Manjun sebelum ini dipetik berkata, orang ramai berkemungkinan membiarkan diri leka berhubung pematuhan protokol kesihatan ketika musim perayaan hujung tahun lalu. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *