COVID-19: 2,451 Kes Positif Baharu, 5 Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,451 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 133,559 kes setakat Sabtu (9 Januari 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasmi beliau, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 26,185 kes.

Daripada 2,451 kes baharu pada hari ini,  lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,446 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 1,858 kes adalah warganegara Malaysia dan 588 kes adalah bukan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 564 kes (23.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 342 kes (60.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 409 kes (16.7 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 351 kes (14.3 peratus).

Sebanyak 327 kes (13.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (291 kes), Kluster Telok Mas (17 kes), Kluster Tembok Gajah (9  kes), Kluster Damai Pelangi (8 kes), Kluster Pagar Siput (1 kes), dan  Kluster Tembok Choh (1 kes).

Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 1,401 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 106,832 kes (80.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, terdapat177 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat pertambahan lima (5) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 542 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *