Pasukan Penyelamat Temukan Serpihan Pesawat Dan Cebisan Daging Manusia

Anggota  keselamatan menunjukkan serpihan pesawat yang ditemukan di lokasi kejadian.

JAKARTA: Pasukan misi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) pesawat Indonesia, Sriwijaya Air Flight SJ182 yang dikhuatiri terhempas pada petang Jumaat, menemui serpihan badan pesawat di perairan utara Jakarta, kata seorang pegawai agensi itu.

Agus Haryono memberitahu Reuters bagaimanapun memaklumkan bahawa ia belum disahkan bahawa serpihan itu berasal daripada Sriwijaya Air Flight SJ182.

Anggota  keselamatan menunjukkan serpihan pesawat yang ditemukan di lokasi kejadian.

Sementara itu, agensi berita Xinhua yang memetik seorang komander pengawal pantai Trisula, Kapten EKo Surya Hadi, melaporkan bahawa bahagian tubuh manusia dan serpihan pesawat dijumpai.

“Kami menjumpai anggota badan, jaket keselamatan, avtur (bahan bakar turbin penerbangan) dan serpihan pesawat,” kata Surya kepada stesen TV tempatan.

Pesawat tersebut terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, ketika melalui di perairan di Kepulauan Seribu.

Masih tidak dapat dipastikan jumlah sebenar penumpang dan anak kapal, namun laporan awal mengatakan lebih daripada 50 orang berada di dalam pesawat terbabit.

Berdasarkan flightradar24, pesawat itu bertolak dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta pada pukul 2.36 petang (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba di destinasi pada jam 3.15 petang. –

8474