
KUALA LUMPUR:Â Datuk Seri Ahmad Maslan dilantik menggantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta susulan pemecatan Annuar hari ini.
Pengumuman pelantikan Ahmad diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan semasa perjumpaan khas bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebentar tadi.
Ahmad Maslan sebelum ini memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost