Covid-19: 2,525 Kes Positif Baharu, 8 Kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,525 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 113,010 setakat Khamis (31 Disember 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook rasmi beliau, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 23598 kes.

Daripada 2,525 kes baharu pada hari ini, terdapat 13  kes import manakala 2512 kes merupakan penularan tempatan.

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,205 kes dicatatkan, diikuti Sabah 299 kes, Melaka 239 kes, Kuala Lumpur 222 kes, Johor 194 kes serta lain-lain.Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 1,481 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 88,941 kes (78.7%).

Sehingga kini, terdapat 131 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian melibatkan semua warganegara sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 471 kes (0.42%).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *