COVID-19: Satu Kluster Baharu Dikesan Babitkan Tawau, Kalabakan

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu lagi kluster baharu direkodkan hari ini, dengan 45 kluster sedia ada melaporkan pertambahan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster Jalan Sedco membabitkan daerah Tawau dan Kalabakan di Sabah dikesan hasil saringan individu bergejala dan membabitkan tempat kerja.

Gambar Hiasan

“Kes indeks dalam kluster baharu ini iaitu kes ke-92,107 dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Disember lalu.

“Sehingga kini, seramai 26 individu sudah menjalani saringan dan keputusannya 14 individu dikesan positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas kluster sedia ada, Dr Noor Hisham memaklumkan daripada 45 yang melaporkan pertambahan kes baharu, Kluster Tampoi Jaya paling tinggi dengan 78 kes, diikuti Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (63 kes) dan Kluster Beringin (30 kes).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *