Covid-19: 1,196 Kes Baharu, 1 Kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia hari merekodkan jumlah 1,196 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 105,096 kes dengan kebolehjangkitan 20,233 kes.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 997 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 83,411 kes.

“Daripada jumlah kes baharu, lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula 1,191 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 392 kes (32.8 peratus) yang mana daripada jumlah ini, sebanyak 237 kes (60.5 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontrak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ini diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 202 kes (16.9 peratus) dan Johor sebanyak 194 kes (16.2 peratus).

“Sebanyak 52 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Pagar Siput (15 kes), Kluster Tembok Gajah (14 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok (lapan kes), Kluster Hala Mutiara (satu kes) dan Kluster Penjara Sandakan (satu kes).

“Sehingga kini, ada 111 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 50 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, pertambahan satu kes kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 452 kes atau 0.43 peratus. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

549