Polis Serbu Kegiatan Sabung Ayam Ketika Pandemik COVID-19

Foto BERNAMA

LABUAN, 27 Dis  : Sekurang-kurangnya 16 ekor ayam laga disita dan empat lelaki ditahan selepas polis menyerbu kegiatan itu yang diadakan di kawasan hutan Kampung Sungai Bangat di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata serbuan pada 3.30 petang menerusi Op Dadu Judi Laga Ayam itu dibuat selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada penduduk kampung.

Penonton bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, meninggalkan empat individu terbabit bersama-sama ayam laga berkenaan, katanya.

“Sama ada kalian terbabit bertaruh, atau hanya ayam kalian bertarung, atau sekadar membantu rakan berjudi, kalian tetap ditangkap… agaknya mereka ingat mereka ‘kebal’ daripada dijangkiti virus COVID-19,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya keempat-empat lelaki yang berusia 18 hingga 54 tahun terbabit akan didakwa menurut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang menggariskan 21 kesalahan khusus kezaliman terhadap haiwan. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *