Hajiji Beri Sumbangan Krismas

Hajiji (tengah) dan Juliah (kanan) menyampaikan sumbangan Krismas di majlis itu.

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Juliah Salag menyampaikan sumbangan Krismas kepada masyarakat Kadazan Dusun dan Murut (KDM) di kawasan Sulaman di sini.

Seramai 154 orang terdiri daripada golongan yang memerlukan iaitu warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim menerima sumbangan berupa bakul makanan.

Pemimpin KDM kawasan Sulaman dan tetamu jemputan merakamkan kenangan bersama Hajiji (tengah).

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berharap sumbangan itu dapat membantu para penerima dalam menyambut kedatangan Hari Krismas.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdul Kassim Razali; Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Johari Saiman; Pegawai Daerah Tuaran Mohd Sufian Alfian Nair; Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman Murni Lamsari; mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Datuk Madiyem Layapan, dan penyelaras program sumbangan Krismas Peter Lintar. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

844