“Hai Saya Elya..”, Tular ‘Penasihat Online’ KWSP Hari Ini, Jadi Bualan Ramai Pemohon i-Sinar

Hari ini pastinya menjadi saat-saat ‘sibuk’ buat kebanyakan rakyat Malaysia yang telah mula membuat permohonan bagi pengeluaran wang melalui i-Sinar.

Ramai yang sudah pasti tidak sabar untuk membuat pengeluaran mengikut jumlah yang diinginkan.

Namun, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga mencipta satu ‘inisiatif’ bagi menasihatkan orang ramai mengenai jumlah pengeluaran tersebut sebelum membuat permohonan.

Ia dapat dilihat selepas anda telah mengisi maklumat nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit serta menjawab lima soalan.

Setelah itu, anda boleh menentukan jumlah yang diinginkan daripada minimun sehingga maksimum.

Di bahagian ini, karakter wanita yang bernama Elya akan muncul dan memperkenalkan diri sebagai penasihat online KWSP.

Elya berperanan untuk menasihatkan anda mengenai pengeluaran amaun yang diinginkan dan memberikan anggaran jumlah yang diganda jika anda tidak mengeluarkannya sehingga usia 55 tahun.

Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mengeluarkan jumlah maksimum iaitu sebanyak RM10,000, Elya menganggarkan jumlah tersebut akan berganda sebanyak RM31,186.51 jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun.

Diharapkan dengan adanya Elya sebagai penasihat online KWSP, ia dapat membantu anda untuk mengeluarkan jumlah tertentu sahaja mengikut keperluan pada masa ini.

Namun, semuanya terserah kepada anda, tiada sebarang paksaan untuk pengeluaran jumlah wang simpanan anda. Selamat memohon!

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Sumber: KWSP / SiakapKeli

17232