Covid-19: Sabah Catat 199 Kes Positif & Dua Kluster Baharu

KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini menurun kepada 199 kes, dengan dua kluster baharu dilaporkan.

Kluster baharu di Sabah adalah kluster Keris Residence di Kota Kinabalu dan Tuaran yang mencatatkan 41 kes positif setakat ini dan kluster Brumas, Kalabakan dengan 16 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kematian hari ini dilaporkan di Hospital Pulau Pinang yang melibatkan seorang wanita berusia 76 tahun. Pesakit ini mempunyai penyakit darah tinggi dan dislipidemia.

Noor Hisham berkata, dengan tambahan satu kematian itu menjadikan kes kematian dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 433 kes.

Hari ini terdapat lima kluster baharu termasuk dua kluster di Sabah. Kluster lain yang dilaporkan adalah kluster Tapak Bina Zuhrah, Selangor dengan 49 kes positif, kluster Long Panji, Kelantan (11 ); dan kluster Jalan Timah, Johor (26).

Sementara itu, 19 kes positif baharu dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Secara keseluruhan sebanyak 1,153 kes positif baharu di laporkan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 1,151 kes jangkitan tempatan dan dua kes import.

Sementara, bilangan kes pulih hari ini sebanyak 998 kes, dengan kumulatif kes pulih sebanyak 76,242 kes.

Tambahan 1,153 kes baharu hari ini menjadikan kumulatif kes di Malaysia adalah 91,969 kes. Sebanyak 15,294 kes aktif dengan 112 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 56 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.- BorneoToday

Untuk SOP terperinci, orang ramai boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).- BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *