Boleh Kunjung-Mengunjung Hari Pertama Krismas

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Aktiviti kunjung-mengunjung semasa sambutan Hari Krismas hanya dibenarkan pada 25 Disember sahaja.

Bagaimanapun, aktiviti kunjung-mengunjung itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) sambutan perayaan Krismas yang ditetapkan Kementerian Perpaduan Negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membenarkan penganut Kristian mengikuti sesi upacara sembahyang pada 24 dan 25 Disember di kawasan-kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan SOP ketat.

Beliau berkata, biarpun aktiviti kunjung-mengunjung dibenarkan, namun acara rumah terbuka dan aktiviti carolling dari rumah ke rumah tidak dibenarkan di kawasan PKPB mahupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Untuk SOP terperinci, orang ramai boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *