Kaji Semula Keperluan Jalani ‘Swab Test’ Warga Sabah Sebelum Mengembara, Gesa Bung Kepada Kerajaan

Bung Moktar

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin, mahu pihak berkuasa mengkaji semula keperluan menjalani ujian swab Covid-19 untuk pengembara sambil berkata keperluan itu beban kepada warga Sabah terutama yang mempunyai keluarga besar.

Ketika ini, kerajaan mewajibkan mereka yang mengembara dari Sabah ke Semenanjung dan sebaliknya untuk menjalani ujian swab tiga hari sebelum berlepas.

Jelas Bung, keperluan itu terbukti menyusahkan terutama ketika penerbangan tertunda atau dijadual semula selepas tempoh sah tiga hari keputusan swab.

Mereka yang berulang-alik dari Sabah ke Semenanjung perlu melalui ujian swab tiga hari sebelum berlepas.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kementerian kesihatan perlu mencari penyelesaian lebih baik bagi memperbetulkan keadaan.

“Pembatalan penerbangan atau dijadual semula selepas tempoh sah tiga hari keputusan swab, keputusan itu sudah tidak sahih and orang ramai terpaksa mengambil semula ujian itu – di mana mereka perlu cari wang untuk mengambil ujian itu jika perkara ia berlaku,” katanya kepada FMT.

Katanya, ramai yang mengambil ujian itu mengadu ia bukan murah.

“Sabah bukan pengimport virus itu, maka pihak berkuasa boleh pertimbang untuk melanjutkan tempoh sah selama satu minggu.

“Atau mereka boleh menghapuskan ujian swab dan cuma meminta pengembara isi borang kesihatan dan patuh kepada SOP, seperti yang diamalkan awal tahun ini. Apapun satu penyelesaian perlu disediakan segera.”

Jun lalu kerajaan Sabah membatalkan keperluan jalani ujian swab itu bagi rakyat yang memasuki negeri itu dalam tempoh pemulihan kawalan pergerakan.

Ini membabitkan rakyat yang mengembara dari Semenanjung, Sarawak, dan Labuan. Mereka cuma perlu mengisi borang perisytiharan kesihatan mengikut SOP ditetapkan jabatan kesihatan Sabah.

Bulan lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan kuarantin mandatori 14 hari bagi semua yang tiba dari Sabah dimansuhkan berkuatkuasa 25 Nov.

Kementerian itu juga berkata sesiapa yang berhasrat meninggalkan Sabah cuma perlu ambil ujian swab tiga hari sebelum berlepas. Semua yang negatif akan dibenar meninggalkan Sabah. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *