COVID-19: 959 Kes Baharu Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 959 kes baharu dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kepada 76,265 kes dengan 10,748 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu terdapat enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya, Selangor merekodkan jumlah kes harian tertinggi, iaitu 277 kes bersamaan 28.9 peratus diikuti Sabah dengan 203 kes (21.2 peratus) dan Kuala Lumpur yang mencatatkan 129 kes (13.5 peratus).

“Sebanyak 27 kes atau 2.8 peratus kes dilaporkan hari ini membabitkan kluster di dalam penjara, iaitu Kluster Tembok (23 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes),” katanya dalam sidang media COVID-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan hingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 1,068 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya sebanyak 65,124 kes bersamaan 85.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

893