COVID-19: Sabah Terus Catat 4 Kematian Hari Ini

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Empat lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Sabah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 388 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kesemua kes kematian itu membabitkan wanita warganegara dan warga asing berusia antara 33 hingga 92 tahun.

Katanya, kes kematian ke-385 membabitkan wanita berusia 64 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi serta dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawau.

“Kes kematian ke-386 membabitkan wanita berusia 92 tahun dan mempunyai penyakit hernia, anemia, dan osteoartritis. Beliau dilaporkan meninggal dunia dan jenazahnya dibawa ke Hospital Lahad Datu.

“Kes kematian seterusnya ialah kes ke-387 membabitkan wanita berusia 33 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik serta dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian ke-388 membabitkan wanita warga asing berusia 90 tahun dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik dan jenazahnya dibawa ke Hospital Tuaran. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1004