Pencarum KWSP Kategori 1 Layak Dapat Kelulusan Automatik Tapi Perlu Mohon Online

Berita gembira buat mereka yang tergolong dalam kategori 1 yang mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), korang kini boleh memohon pengeluaran akaun 1 tanpa sebarang dokumen sokongan.

  • Kategori 1 ialah bagi mereka yang bekerja di;

1. Sektor formal

Sektor profesional dengan gaji tetap dan dikenakan cukai.

2.Bekerja sendiri

3. Bekerja di dalam sektor ekonomi gig

Individu yang mempunyai pekerjaan sementara atau fleksibel seperti perniagaan dalam talian, grab dan uber serta freelance (separuh masa).

4. Individu yang sudah lama tidak mencarum

5. Individu hilang pekerjaan

6. Suri rumah

7. Individu yang diberi notis cuti tanpa gaji.

  • Kriteria bagi kategori 1 adalah seperti berikut:

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Selain tidak perlu dokumen sokongan, ahli kategori 1 ini juga akan mendapat kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

Namun ahli perlulah memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk  menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.

  • Jumlah kelayakan pegeluaran Akaun 1 (i-Sinar)

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum
RM5,000.

b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Semalam, KWSP mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

9109