Milimewa Kota Kinabalu Tamat Operasi

KOTA KINABALU: Setelah hampir 33 tahun menawarkan khidmat kepada penduduk di sekitar bandaraya Kota Kinabalu, Milimewa Superstore di Jalan Pantai akhirnya beroperasi buat kali terakhir semalam.

Notis berhenti beroperasi bermula hari ini telah diletakkan di pintu masuk utama superstore berkenaan.

Warga bandaraya berkongsi gambar Milimewa Superstore yang menjadi tempat mereka mendapatkan barangan keperluan harian sejak 32 tahun lalu.

Penutupan Milimewa ini pasti meninggalkan seribu satu kenangan buat penduduk bandaraya serta kakitangan yang bekerja sejak sekian lama di situ.

Milimewa Superstore mempunyai 15 cawangan dan kini hanya 11 cawangan masih beroperasi.

Cawangan yang masih beroperasi terletak di Penampang, Lido, Inanam, Ranau, Kudat, Keningau, Kota Marudu, Tawau dan Semporna.

Miliewa Superstore di Jalan Pantai ini adalah cawangan keempat yang ditutup sejak Okt 2019 selepas Sandakan, Lahad Datu dan Luyang.

Bangunan Miliewa Superstore setinggi dua tingkat ini merupakan bekas Pasar Awam dan Kojasa Supermarket.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *