Aplikasi Maybank & Akses Laman Web Maybank2U Dilapor Alami Gangguan

Aplikasi Maybank & Akses Laman Web Maybank2U Dilapor Alami Gangguan Perkhidmatan Buat Sementara Waktu

Maybank dalam satu reply terhadap aduan pengguna media sosial berhubung kesukaran mengakses perkhdimatan yang disediakannya memaklumkan bahawa aplikasi Maybank dan akses laman web Maybank2U mengalami gangguan perkhidmatan buat sementara waktu.

Cubaan untuk mengkases melalui aplikasi Maybank2U turut menghadapi masalah ketika ini. Satu paparan ralat turut dikeluarkan pada aplikasi berkenaan dan menyarankan anda untuk mencuba sekali lagi.

Naman Maybank turut menjadi trending di twitter ketika ini.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut yang dikongsikan oleh pihak Maybank selain melalui reply terhadap aduan-aduan yang dimuat naik oleh beberapa pengguna di Twitter.

1392