RM50 Juta Dana Tambahan Perangi COVID-19 Di Sabah

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan akan menyalurkan dana tambahan berjumlah RM50 juta kepada Sabah bulan depan dalam usaha membantu negeri berkenaan menangani wabak COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata dana tambahan itu adalah menerusi Kumpulan Wang COVID-19 (KWC).

“Kementerian Kewangan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 26 Oktober lalu, sudah menyalurkan peruntukan berjumlah RM50 juta kepada kerajaan Sabah khusus untuk memerangi Pandemik COVID-19.

“Selain itu, peruntukan RM44 juta juga sudah digunakan oleh Kementerian Kesihatan dalam membendung gelombang wabak COVID-19 di Sabah.

“Sebagai langkah susulan memerangi COVID-19 di Sabah, suka cita diumumkan bahawa Kementerian Kewangan akan menyalurkan dana tambahan berjumlah RM50 juta lagi menggunakan KWC untuk Sabah pada bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *