Elaun Perumahan Penjawat Awam Di Sabah Dikaji Semula

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula dan menyelaras kadar elaun perumahan penjawat awam di Sabah yang kali terakhir disemak 18 tahun lalu.

Katanya, kerajaan maklum bahawa kadar elaun perumahan penjawat awam di Sabah adalah yang tertinggi, berbanding Sarawak dan Semenanjung.

“Penjawat awam yang berkhidmat di Sabah mendapat elaun lebih tinggi daripada penjawat yang berkhidmat di Sarawak atau Semenanjung.

“Kali terakhir kadar terbabit disemak adalah pada 30 April 2002. Kementerian Kewangan bersetuju untuk mengkaji semula dan menyelaras kadar terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2819