COVID-19: Tiga Kematian Di Sabah Hari Ini

Van jenazah percuma untuk memudahkan keluarga mangsa COVID-19 di Sabah. – Foto Persatuan Amal Sabah

PUTRAJAYA: Tiga kes kematian disebabkan oleh COVID-19 dilaporkan hari ini di Sabah menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 348 kes atau 0.57 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata masing-masing satu kematian dilaporkan di Hospital Duchess of Kent di Sandakan, Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Tawau.

“Kes kematian ke-346 ialah wanita warganegara berusia 70 tahun dan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

“Kematian ke-347 membabitkan lelaki warganegara berusia 59 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan asma.

“Kematian ke-348 pula membabitkan wanita warganegara berusia 77 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kematian wanita ini disahkan di Hospital Tawau,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2247