19,721 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Di Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 19,721 pesakit Covid-19 di Sabah dilaporkan sembuh daripada jangkitan virus berkenaan sehingga semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, seramai 833 pesakit sembuh semalam berbanding 416 kelmarin.

“Seramai 833 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh setakat ini seramai 19,721 orang.

“Manakala, 2,266 pesakit lagi sedang menerima rawatan iaitu 671 di hospital dan 1,595 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

“Daripada jumlah itu, seramai 79 pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media perkembangan Covid-19 Sabah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *