PKPD Kampung Sabah Baru Dilanjutkan 14 Hari Lagi

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu yang sepatutnya tamat hari ini, akan dilanjutkan selama 14 hari lagi hingga 7 Disember depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga 15 November lalu, sebanyak 1,914 ujian saringan dilaksanakan dan sebanyak 200 kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti itu.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu selama 14 hari lagi bermula 24 November (esok) sehingga 7 Disember.

“Perlanjutan tempoh PKPD ini bagi membolehkan saringan secara berterusan dapat dilakukan KKM dan bagi membendung penularan COVID-19 di lokaliti ini,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *