PKPB: Kedai Makan, Runcit Dan Serbaneka, Stesen Minyak Dibenarkan Operasi Hingga 12 Tengah Malam

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Semua kedai makan, kedai runcit, kedai serbaneka dan stesen minyak di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan beroperasi hingga jam 12 tengah malam, bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia susulan rungutan diterima daripada peniaga, persatuan peniaga dan orang ramai.

Beliau berkata, keputusan dicapai dalam mesyuarat, hari ini, membenarkan waktu operasi perniagaan berkenaan hingga jam 10 malam yang ditetapkan sebelum ini, dilanjutkan kepada jam 12 tengah malam.

“Mesyuarat bersetuju membenarkan pembukaan restoran hingga jam 12 tengah malam. Kebenaran itu juga diberi kepada kedai serbaneka, stesen minyak serta kedai runcit,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *