COVID: 216,150 Bantuan Bakul Makanan Diagihkan Di Sabah

KOTA KINABALU, 23 Nov : Sebanyak 216,150 bakul makanan telah diagihkan di 27 daerah di Sabah bagi membantu rakyat terkesan akibat COVID-19, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya.

“Hari ini sahaja sebanyak 8,607 bantuan bakul makanan diagihkan melibatkan 21 daerah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata Semporna merupakan daerah terbanyak menerima bakul makanan iaitu 2,513 unit diikuti Pitas (1,538), Keningau (1,073), Beluran (712), Telupid (459), Tuaran (454), Sipitang (289), Beaufort (255), Sandakan (199), Ranau (172), Kota Marudu (167).

Tenom (142), Tambunan (133), Papar (100), Penampang (88), Kinabatangan (84), Kudat (83), Kota Belud (70), Nabawan (34), Putatan (33), dan Kunak (9). – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

758