7 Individu Dikompaun Di Perkarangan Bank BSN Balung

TAWAU; 19 NOVEMBER 2020 (Khamis) – Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau mengeluarkan kompaun keatas tujuh individu selepas didapati tidak menjaga Penjarakan Fizikal di perkarangan Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Balung, Selasa lepas.

Kesemua individu terbabit dikompaun sebanyak satu ribu ringgit setiap seorang dibawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G. Navindran berkata, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sekiranya berada di tempat awam termasuk ketika berurusan di mana-mana badan perbankan atau ketika melakukan apa saja jenis urusan.

Katanya, mematuhi SOP sebagaimana keputusan kerajaan sangat penting memandangkan pandemik COVID-19 kini telah berada dalam komuniti dan tidak diketahui sesiapa dikalangan orang ramai yang telah dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata, orang ramai yang terpaksa keluar dari rumah untuk urusan mengambil bantuan disalurkan kerajaan melalui bank BSN di mana-mana cawangan agar sentiasa menjaga SOP seperti sentiasa menjaga Penjarakan Fizikal, menggunakan pelitup separuh muka dan sentiasa kerap basuh tangan atau menyediakan ‘hand sanitizer’.

Mengulas lanjut, beliau turut menasihatkan mana-mana pihak yang mempunyai keluarga dari kalangan warga emas agar mengambil inisiatif terbaik separti berhubung dengan pihak bank bagi mendapatkan temujanji terlebih dahulu agar tidak terdedah dengan orang ramai yang beratur panjang sekaligus boleh mengakibatkan jangkitan COVID-19.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita RTM.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Persekitaran Kawasan (PKPK) Tawau, Rahman Sampe ketika dihubungi berkata, pemantauan dari semasa ke semasa akan diteruskan bagi memastikan orang ramai sentiasa patuh SOP ditetapkan kerajaan.

Katanya, terdapat lapan pasukan pemantau telah dibentuk melibatkan Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau dan agensi-agensi lain yang sentiasa memantau pergerakan masyarakat di sekitar kawasan Tawau.

Operasi tersebut diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Omar Musa dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) cawangan Bandar Sri Indah (BSI).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

SumbeR: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *