Mohon KWSP Permudahkan Urusan, Jangan Berkira Sangat Dengan Ahli – Najib

KUALA LUMPUR : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didakwa mengenakan banyak syarat dan terlebih sasar sehingga ramai pencarum yang terkesan dengan pandemik Covid-19 tidak dapat mengeluarkan simpanan masing-masing.

Berikutan itu, Datuk Seri Najib Razak meminta KWSP jangan berkira sangat dengan ahli sendiri.

Sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri itu, KWSP perlu mempermudahkan kepada pencarum-pencarum yang ada baki dalam akaun mereka.

”Mohon permudahkan menjadi siapa yang ada baki dalam akaun KWSP dibenarkan untuk keluarkan duit sehingga RM10k (RM10,000) dengan bayaran pertama secara lump-sum sekurang-kurangnya RM4k (RM4,000),” katanya dalam hantaran di akaun Facebook.

Bekas Perdana Menteri itu membuat kenyataan tersebut selepas KWSP memuat turun kelayakan pemohon i-Sinar.

Menerusi maklumat tersebut, KWSP memaklumkan skim itu hanya layak kepada ahli yang aktif setakat Februari 2020 dan di bawah usia 55 tahun.

Selain itu, skim berkenaan terpakai kepada ahli yang tidak mencarum dua bulan terakhir berturut-turut semasa permohonan di buat.

Sebelum ini, KWSP berkata, syarat untuk pengeluaran tersebut terbuka kepada mereka yang hilang kerja, hilang pendapatan atau diberi cuti tanpa gaji.

Bagaimanapun, kata Najib, kenyataan itu telah dipadamkan. – MalaysiaGazette

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *