Cara Semakan GKP 2.0, Permohonan Diterima & Status Bantuan Lulus

Sekiranya anda masih lagi buat permohonan GKP 2.0, sila siapkan segera. Perkongsian ini adalah untuk buat semakan GKP 2.0 iaitu samada permohonan diterima oleh LHDN dan juga samada permohonan ini mendapat status Lulus atau Tidak Lulus.

Semakan GKP 2.0 Permohonan Diterima

Untuk makluman, jika anda belum apply, sila daftar Geran Khas Prihatin 2.0 dan buat permohonan GKP 2.0 dahulu. Selesaikan semuanya sehingga boleh login portal GKP 2.0.

Di bawah ini ialah cara untuk check samada permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) yang kita buat secara online diterima atau tidak.

  1. Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik butang Semak untuk meneruskan buat semakan GKP 2.0
  5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
    •  Nama
    • Nombor MyKad
    •  Status Permohonan
  6. Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda iaitu:
    • Permohonan Diterima
    • Dalam Proses
    • Lulus
    • Tidak Lulus
  7. Jika Permohonan Diterima, ini bermaksud permohonan baharu anda yang sudah siap diisi sudah berjaya dihantar. Anda juga tidak perlu membuat permohonan semula. Sila tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan.
  8. Jika Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda yang telah diterima sedang dalam proses verifikasi atau semakan dari agensi yang terlibat. Semasa dalam status Dalam Proses, anda tidak boleh buat kemaskini. Semakan GKP juga tidak perlu.

Cara semak status GKP (Lulus atau Tidak)

Di bawah ini ialah cara untuk buat semakan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) secara online.

  1. Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik butang Semak
  5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
    •  Nama
    • Nombor MyKad
    •  Status Permohonan
  6. Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda iaitu:
    • Permohonan Diterima
    • Dalam Proses
    • Lulus
    • Tidak Lulus
  7. Sekiranya status Lulus:
    • Ini bermakna anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP 2.0 akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, tarikh bayaran duit GKP 2.0 anda dimaklumkan kemudian.
  8. Sekiranya status Tidak Lulus:
    • Ini bermakna anda tidak layak untuk terima bantuan GKP Hasil sebanyak RM3,000. Setakat ini, belum ada maklumat lagi samada boleh buat rayuan GKP 2.0 atau tidak. Kami akan maklumkan kemudian.

Akhir kalam

Sekiranya anda sudah buat semakan GKP 2.0 secara online dan mendapat status permohonan diterima, jangan terlalu gembira.

Permohonan diterima itu cuma bermaksud Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima permohonan GPK 2.0 kita.

Yang lebih penting ialah status Lulus. Hanya jika mendapat status Lulus, kita akan layak menerima pembayaran GKP 2.0 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank.

Sila semak bila GKP 2.0 akan dibayar supaya anda boleh siap-siap dan bersedia untuk pergi ke bank.

Semoga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *