PKPB Di Labuan Dilanjutkan

KUALA LUMPUR: Kerajaan melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Labuan susulan masih berlaku peningkatan kes positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat hari ini sebanyak 35 kes positif baharu dilaporkan di kawasan berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 1,135 kes.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sidang khas hari ini bersetuju melanjutkan PKPB di Wilayah Persekutuan Labuan bermula 14 November sehingga 6 Disember.

“PKPB ini perlu dilaksanakan bagi mengekang penularan dan memberi ruang kepada petugas kesihatan melaksanakan pengesanan kes aktif di kawasan bersasar yang dikenal pasti berisiko tinggi,” katanya dalam sidang media hari ini.

Kerajaan melaksanakan PKPB di Labuan sejak 17 Oktober lalu sebelum dilanjutkan bermula 31 Oktober sehingga 13 November. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1053