Kes Covid-19 Di Sabah Makin Terkawal – Noor Hisham

Dr Noor Hisham

KOTA KINABALU: Sepanjang empat hari ini kes-kes positif Covid-19 di Sabah dilihat semakin terkawal berbanding minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam minggu ini juga satu daerah di Sabah mula beralih kepada zon hijau iaitu daerah Nabawan.

Beliau berkata, perkembangan ini memperlihatkan kes-kes di Sabah kini stabil dan keadaan sekarang adalah terkawal.

Sejak Isnin, kes-kes positif baharu yang dilaporkan di Sabah di bawah 500 kes berbanding minggu-minggu sebelumnya.

Pada Isnin, sebanyak 370 kes positif dilaporkan, diikuti dengan 397 kes pada Selasa dan kemudian menurun kepada 259 kes semalam. Manakala, hari ini 319 kes positif baharu dilaporkan di Sabah.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *